NAMA-NAMA BAYI ISLAM



Ramai ibu bapa tercari-cari nama bersesuaian untuk bayi yang bakal dilahirkan. Ada yang gemar menggabungkan nama dan tidak kurang juga menggunakan nama panjang, asal sedap dipanggil biar berjela-jela pun tidak mengapa.

Islam menitik beratkan pemilihan nama kepada bayi yang baru dilahirkan kerana nama adalah lambang identiti seseorang dan akan digalasnya sepanjang hayat sehingga akhirat nanti.

Tanggungjawab Ibu & Bapa

Naib Yang Dipertua (1) Persatuan Ulama Malaysia (Pum), Prof Madya Dr Fauzi Deraman berkata, nama adalah terjemahan kepada perkataan al-Ism daripada akar kata al-Wasm yang bermaksud tanda, akan diketahui dan dikenali seseorang serta menjadi tanda banginya. Ada juga pendapat mengatakan ia berasal daripada perkataan al-Sumuz yang bermaksud tinggi sekali gus memberi gambaran ketinggian dan keluhuran empunya nama.

“Memberikan nama yang baik kepada bayi antara kewajipan kedua ibu bapa terhadap anaknya, nama menjadi hak milik anak yang mesti dipenuhi sang ayah. “Dalam satu kisah di zaman pemerintahan Saidina Umar al-Khatab, seorang anak datang menemui beliau dan bertanya mengenai hak anak ke atas bapanya dan Umar menjelaskan memilih ibunya, memperelokkan namanya dan mengajar mengenai al-Quran,” katanya.
Abu Darda turut meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: 

“Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari kiamat nanti dengan nama-nama kamu dan juga nama bapa-bapa kamu, maka perelokkanlah nama-namamu. (Hadis Riwayat Abu Daud)


Maksud yang baik

Nama dikategorikan elok dan indah ialah nama yang sedap disebut, mempunyai pengertian yang baik, ianya terhindar daripada makna dan sifat yang dilarang Islam atau sekurang-kurangnya nama-nama asing serta mengelirukan.

Fauzi berkata, panggilan yang baik memberikan kesan jiwa atau rohani kepada pemiliknya untuk berkelakuan baik. Walaupun nama itu lebih kepada aspek maknawi, tetapi pengaruhnya terhadap luaran juga besar. Ada sesetengah orang sanggup menjaga dan mempertahankan namanya lebih daripada menjaga harta supaya tidak terjejas namanya.

Garis panduan

Dalam pemilihan nama terdapat garis panduan yang perlu diikuti kerana ia adalah hak seseorang. Dengan itu ia perlu dilakukan sebaiknya. Jangan bertindak sesuka hati tanpa sebarang panduan. Jika perlu dapatkan penjelasan daripada mereka yang mempunyai pengetahuan.

Perkara sedemikianlah dilakukan sahabat Rasulullah, mereka merujuk perkara tersebut kepada Baginda. Rasulullah bersabda: “Berikanlah nama dengan nama para nabi, dan nama yang paling disukai ALLAH iaitu Abdullah dan Abdul Rahman.”(Hadis riwayat Abu Daud dan al-Nasaii)

“Nama bukanlah faktor yang menyebabkan seorang itu menjadi baik. Ia hanya langkah pertama dan permulaan yang disusuli dengan langkah seterusnya iaitu mendidik anak dengan pendidikan yang sebaiknya.

“Tugas ibu bapa tidak selesai dengan memberi nama yang baik sahaja. Ia hanyalah permulaan yang disusuli dengan asuhan dan didikan yang berpanjangan. Persekitaran keluarga dan masyarakat yang kondusif juga mempunyai pengaruh yang besar. Tidak berbangkit soal nama itu berat atau ringan!,” katanya.

“Gambarkanlah situasi di mana semua orang berhimpun di Padang Mahshar nanti dengan menyebut nama yang tidak diketahui usul asalnya. Ada baiknya jika ibu dan bapa menyebut nama anaknya dengan penuh dan bukan ringkas atau nama manja, lebih malang jika diringkaskan dengan menggunakan panggilan-panggilan asing,” akhiri beliau lagi.

(Sumber: http://pum.org.my/)

DAPATKAN "NAMA-NAMA BAYI ISLAM" DENGAN HANYA RM5

Semua buku dalam bentuk pdf dan hanya boleh dibaca menggunakan software adobe reader.

#Sila klik disini untuk borang pesanan/pembelian

No comments:

Post a Comment